Posts

Image
Tilik Dirimu Rata-Rata Pasti Kau Tahu Siapa Yang Nyata Wallahu muhiitun lil 'aalamin. Dia meliputi sekalian alam. ada dia tiada kerana, sindiran meliputi dia pada sekalian alam itu ibarat besi dan paku, paku itulah sebenar-benar besi dan besi itulah sebenar-benar paku. Disindirkan juga pada beras dan nasi, rebung dan buluh dan seterusnya. Maka sindirkanlah juga dirimu sendiri, dia menjadi kamu bukan kamu menjadi dia.  Kesemua itu adalah jalan bagi mendekatkan kefahaman bahawasanya tiada yang maujud melainkan Dia. Lalu apa tujuan mengetahui semua itu? mahu mengaku tuhan? itu adalah jauh tersasar dari tujuan. Matlamatnya adalah tauhid, supaya tiada pada pandangan mata kepala dan hati itu sesuatu selain Allah, pada segala perkara, pada segala hal hidupmu. Ada juga segolongan manusia mengaku dirinya tuhan, lalu dikatanya aku ini bukan aku lagi, maka seraya melakukan segala perkara sesuka hati. Tak solat. Zina, rompak mencuri dan lain2 baginya halal, tiada undang-undang (...